Akim AF mengaku Stacy AF kekasihNya!

Akhirnya desas desus siapa kekasih Akim AF terjawab, apabila dia menyatakan yang Stacy adalah kekasihnya kini memetik laporan Kosmo! semalam.


Akim menjawab penuh yakin tanpa was-was mengenai hubungannya dengan Stacy.
"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami."

"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.

"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap,"

"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.

"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga,"

"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," -Akim
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.