Yaa, saya memang sepupu Perdana Menteri tapi.. - DS Hishammuddin



Yaa, saya memang sepupu Perdana Menteri tapi.. ? | Terbaru dan berita ini agak panas apabila Menteri Pengangkutan kita Datuk Seri Hishammuddin di permainkan oleh media barat. Nak tahu apa yang di permainkan ? Jom baca artikel menarik ini

Yaa, saya memang sepupu Perdana Menteri tapi.. ?



Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN News mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan atau memberi maklumat yang tepat  kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.
"Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa," katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370 yang masih dalam misteri sehingga kini.


Nota : Semakin hari semakin tak berhati perut lah media di barat ini. Sesuka hati mereka sahaj nak kaitkan dengan keluarga pula. Ini juga antara perang fisikologi yang kita hadapi ini. Apa komen korang ?
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.