Tersebar di laman Facebook video seorang pegawai tentera yang juga pemandu kereta Perodua Alza bertikam lidah dengan orang awam di tepi jalan raya. Punca kejadian tidak dapat dikenalpasti.
Namun, tindakan pegawai tentera itu yang membawa steering lock menjadi persoalan ramai.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan kemungkinan pegawai tentera itu hanya untuk mempertahankan diri sekiranya orang awam itu dengan tiba-tiba menyerang dirinya.
Tindakan kedua-dua individu dalam video ini dilihat 'sama-sama' kurang cerdik. Dalam menyelesaikan masalah, tidak perlulah berkasar bahasa. Pegawai tentera itu sepatutnya berfikir sebelum bertindak kerana dia masih memakai uniform tentera dan imej tentera juga dibawa bersama. Jadi usah calarkan imej tentera.
Begitu juga dengan individu yang so called as 'orang awam'. Tidak perlu nak tunjuk keberanian dan menghamburkan kata-kata kurang cerdik yang kononnya tidak takut dengan tentera. Jangan hanya kerana seorang tentera, seluruh individu yang berkerja sebagai tentera dilabelkan sama. Tanpa mereka, dapatkah kita tidur malam dengan lena sehingga ke hari ini?
Malaysia terkenal dengan budaya sopan santun, hormat menghormati sesama insan seperti mana yang selalu diwar-warkan dalam kaca televisyen. Tetapi apabila berada di jalan raya, semua sifat terpuji itu hilang sekelip mata.
Inilah realiti. Terima walaupun pahit. - My Media Hub