Usaha Pencarian MH370 positif banyak objek dilihat di Lautan Hindi



Pasukan Mencari MH370 Menjumpai Lebih Banyak Objek Dilihat | Selepas di sahkan oleh perdana menteri kita lokasi terakhir MH370 ialah di lautan Hindi kini ramai pasukan mencari dan menyelamat menumpukan dikawasan tersebut dan menjumpai lebih banyak objek. Adakah pesawat MH370 ? baca selanjutnya


Pasukan Mencari MH370 Menjumpai Lebih Banyak Objek Dilihat


Pasukan mencari antarabangsa telah melaporkan lebih banyak gambar objek dilihat di kawasan pencarian di koridor selatan lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Dua objek itu berwarna oren, kira-kira satu meter panjang, dan satu lagi berwarna putih dilihat oleh pesawat yang melakukan pencarian," kata pemangku Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Objek itu tidak dikenal pasti dan masih belum lagi konklusif untuk dikaitkan dengan MH370."
Beliau juga berkata, tentera laut Australia HMAS Success mengesan dua radar yang menyasarkan di kawasan pencarian, tetapi tidak dapat mengesan objek berkenaan.
Hishammuddin turut berkata, pesawat mencari dari China dilaporkan melihat objek dalam kawasan pencarian Australia.
Bagaimanapun, beliau berkata "objek-objek ini bukan di kawasan objek yang dikesan oleh pihak berkuasa Australia pada minggu lepas".
Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott , mengatakan bahawa pesawat carian mengesan dua objek di dalam kawasan pencarian Australia, iaitu satu empat segi panjang dan satu bulatan.
"HMAS telah berada di kawasan itu, dan objek itu mungkin boleh diambil dalam beberapa jam yang akan datang untuk dibawa pulang, atau paling lewat menjelang pagi esoknya," katanya pemangku Menteri Pengangkutan itu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.