12 kru dan 38 penumpang rakyat Malaysia yang hilang.
Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi.
Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak tujuh tahun lalu.
Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
Pelakon terkenal, Fouziah Gous turut berkongsi gambar krew penerbangan yang terlibat dan ada di antaranya merupakan kenalan Fouziah ketika aktres itu bergelar pramugari MAS suatu ketika dahulu.
Fouziah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang lain turut mendoakan kesejahteraan rakan-rakannya supaya segera dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.