SUK Johor diminta siasat apabila Maklumat cuti hari Jumaat bocor

SUK Johor diminta siasat apabila Maklumat cuti hari Jumaat bocor

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli meminta SUK Negeri Johor menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.

Kata Abd Rahim, ia merupakan kesalahan serius kerana membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri.

"Dokumen berkenaan adalah rasmi dan ia merupakan satu kesalahan serius, bagaimana ia boleh bocor dan siapa yang memboloskannya.

"Saya difahamkan SUK telah memulakan siasatan tentang perkara ini sejak semalam dan kita nak tahu bagaimana dan siapa yang membocorkan dokumen rasmi ini kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya dipetik Bernama.

Berita pertukaran cuti yang akan berkuatkuasa pada Januari depan tersebar di laman sosial tanpa pengumuman rasmi. Gambar dokumen dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 juga disertakan.

Polis menerima tiga laporan tentang perkara tersebut.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.