Punca Amerika Pertimbang Permintaan Malaysia Guna Sonar

Pentagon pertimbang pinjamkan alat sonar untuk pencarian MH370 di bawah laut

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Amerika Pertimbang Permintaan Malaysia Guna Sonar


Info terbaru yang kami terima bahawa Datuk Seri Hishammudin telah  telefon  Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dalam Isu menggunakan Sonar ini. Apa itu SONAR ?

Ini susulan panggilan telefon yang telah dibuat oleh  Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Chuck Hagel malam Jumaat yang lalu.
Semalam Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau akan meminta bantuan daripada AS, bagi aset khusus termasuk aset dilengkapi keupayaan mencari di laut dalam.
"Tiada permintaan spesifik dibuat bagi mana-mana jenis aset tertentu. Ia berupa permintaan secara umum untuk kami membantu mengesan serpihan pesawat dan kotak hitam," menurut laporan agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Pentagon Laksamana Madya John Kirby, semasa diminta mengulas panggilan telefon itu.
"Setiausaha berkata beliau akan menimbangkan permintaan itu, dan beliau akan meneliti sama ada kami mempunyai apa-apa yang boleh dan berpotensi untuk membantu dan beliau akan menghubungi semula Menteri (Hishammuddin) dalam masa terdekat," katanya.
Menurut agensi berita itu, Tentera Laut AS mempunyai pelbagai sistem sonar yang aktif dan pasif, antaranya berupaya mengesan objek di laut dalam dengan mengeluarkan bunyi 'ping' dan memantau bunyi bergema dan ada yang berupaya mendengar bunyi seperti mikrofon bawah laut.
Bagi operasi SAR untuk mengesan pesawat MH370, AS pada awalnya mengerahkan kapal pemusnah misil tentera laut mereka yang dikenali sebagai , USS Kidd, serta USS Pinckney, bersama-sama dua pesawat peninjau P-8 dan P-3 yang amat canggih.
Nota : Setakat ini tiada info terbaru yang diberikan oleh pihak Amerika disana. Pelbagai kaedah yang telah dicuba namun hasilnya tetap sama tiada sebarang petunjuk yang mendakwa kapal terbang itu dijumpai.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.