Pos Malaysia didakwa mencuri foto setemnya


www.pbase.com
Seorang jurugambar Romy Ocon yang berpejabat di Manila menuduh Pos Malaysia mencuri fotonya. Foto burung tersebut digunakan pada salah satu setem Post Malaysia, koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.



Pos Malaysia juga didakwa salah menggunakan nama burung iaitu burung Falconet berdada putih sedangkan ia adalah burung Shrike berekor panjang (Lanius schach), dakwa Romy.

Dia mengkhabarkan kesalahan Pos Malaysia Digital Photography Review, "sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang." 

Dia menggambarkan ia perbuatan keji dan pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkannya. Selanjutnya di sini
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.