Polis Nafi Dakwaan Ada Tentera Amerika Di Negara Kita Ini



Polis Nafi Ada Tentera Amerika Di Negara Kita Ini | Pihak polis menafikan bahawa ada pergerakkan tentera Amerika di negara kita ini. Gambar  ini adalah manusia yang tidak berhati perut main suka sebar sahaja. Baca selanjutnya


Polis Nafi Ada Tentera Amerika Di Negara Kita Ini

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menafikan  dakwaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan penyebaran gambar dan informasi dalam media sosial berhubung dakwaan terdapat pergerakan tentera Amerika Syarikat di Kota Bharu dan Ipoh yang dikatakan mempunyai kaitan dengan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak beberapa hari lalu

Menerusi Facebook PDRM, gambar yang disebarkan dalam media sosial Twitter itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera Amerika Syarikat yang telah diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh pada 2012.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM ingin mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan bleh diambil tindakan undang-undang.

Nota : Harap pihak berkuasa tempatan tangkap lah pada sesiapa individu yang sengaja menyebarkan berita palsu dan tidak sahih. Biar mereka tahu sikit akibat menyebarkan berita palsu ini. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.