Penduduk kampung dakwa ekor pesawat MH370 berapi

IBRAHIM mendakwa melihat pesawat berkenaan ketika menanam anak cili di hadapan rumahnya.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Penduduk kampung dakwa ekor pesawat MH370 berapi

Tumpat: Dua lagi penduduk negeri ini membuat laporan polis mendakwa melihat pesawat dipercayai MH370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu dalam keadaan mencurigakan.
Petani, Ibrahim Konok, 59, mendakwa melihat pesawat berkenaan di kawasan Tumpat manakala pembantu am, Mohd Hisham Seman, 38, pula nampak pesawat melalui ruang udara berhampiran Kubang Kerian, pada awal pagi hari kejadian.
Menurut Ibrahim, dia keluar mencangkul untuk menanam anak cili di kawasan bendang di hadapan rumahnya di Kampung Nechang di sini pada jam 2 pagi kerana cuaca sejuk berbanding siang hari apabila melihat pesawat berkenaan.
Katanya, dia tergamam kerana pesawat itu terbang rendah hingga dapat melihat logo MAS pada badan pesawat.
“Saya turut melihat percikan api di bahagian ekor pesawat sebelum ia hilang dari pandangan ke arah Pantai Seri Tujuh, dekat sini.

“Saya melihatnya selama kira-kira lima minit dan percikan api itu tidak begitu besar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, bukan perkara biasa baginya melihat pesawat melalui kawasan itu pada jam 2 pagi dan menghala ke Pantai Seri Tujuh.
“Saya kemudian melihat laporan berita di televisyen pada jam 8 pagi menyatakan ada pesawat hilang dan teringat pesawat yang saya nampak sebelum itu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Empat, di sini, pada jam 12.54 tengah hari, kelmarin.
Mohd Hisham pula berkata, dia melihat pesawat berkenaan antara jam 1.30 pagi dan 1.45 pagi di ruang udara Kota Bharu ketika berada di luar rumah mentuanya di Kampung Pasir Kasar, Sering, Pengkalan Chepa.
“Saya hairan kerana kapal terbang itu melalui kawasan terbabit pada waktu berkenaan.
Sepatutnya tidak ada pesawat sekitar waktu itu.
“Kebiasaannya pesawat membelok atau menghala ke kanan, namun pada hari kejadian ia menghala ke arah laut,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, jam 5 petang kelmarin.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.