Sebab sebenar Noh salleh, suami Mizz Nina berhenti menyanyi
Penyanyi terkenal Noh Salleh memberikan klu mahu berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan muzik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Noh ketika sidang media pra-dengar single terbarunya berjudul Angin Kencang pada Selasa.Ditanya tentang sebab sebenar mengapa beliau tiba-tiba terdetik di hati mahu meninggalkan dunia nyanyian dan muzik, vokalis kumpulan Hujan itu menjelaskan isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya beliau memperlahankan karier muziknya.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan."
"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini."
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags