Nurul Izzah Nafi Bukan tuntut fasakh,cuma mohon cerai cara baik


Kes perceraian Nurul Izzah Anwar-Raja Ahmad Shahrir Iskandar yang dijadual di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan kepada 11 Mac.

Normawaddah Ramli, peguam Nurul Izzah berkata, kedua-dua pihak masih berunding bagi menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

Nurul Izzah menyerahkan permohonannya bawah Seksyen 47  Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Permohonan itu bukan tuntutan fasakh seperti dilaporkan pelbagai pelbagai media, sebaliknya permohonan cerai cara baik.

Difahamkan juga, cakap-cakap bahawa Nurul Izzah menarik balik permohonan cerainya bulan lalu tidak benar ekoran tiada permohonan sebegitu dibuat setakat ini. - Malaysiakini
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.