Menurut Romie atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, Hanez bukan punca sebenar keretakan rumahtangga mereka. Perkenalannya dengan pelakon cantik manis itu baru berusia tiga bulan iaitu pada 20 Disember 2013.
Oleh kerana merasa serasi dengan Hanez selepas beberapa bulan berkawan, Romie yang juga ahli perniagaan terus melamarnya serta berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.
"Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut."
"Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan."
"Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri.”
Sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/2014/03/romie-akui-sudah-lamar-hanez-suraya.html
a