#MH370: TRANSKRIP DIKELUARKAN THE TELEGRAPH MENGENAI MH370 TIDAK TEPAT !


\

SEPANG - Transkrip perbualan terakhir antara juruterbang pesawat MH370 yang hilang dan kawalan trafik udara yang dikeluarkan oleh akhbar British, Daily Telegraphadalah ‘tidak tepat’.


“Transkrip antara juruterbang dan kawalan trafik udara berada dengan pasukan penyiasatan dan sedang dianalisis, tetapi ia tidak boleh dikeluarkan kepada umum,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata transkrip 54 minit terakhir komunikasi tidak “menunjukkan apa-apa yang tidak normal”.


Akhbar Daily Telegraph menerbitkan transkrip komunikasi kokpit dengan kawalan trafik udara di laman web mereka pada Sabtu, tetapi ia telah dilabelkan sebagai tidak tepat kerana ia adalah terjemahan berganda.

Akhbar British itu menerima terjemahan Mandarin daripada perbualan bahasa Inggeris, yang kemudiannya diterjemahkan semula ke bahasaInggeris dan diterbitkan di laman web mereka, lapor mStar.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.