Bekas ketua juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.
"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:
Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang info konflik. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.
Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".
Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Dimensi objek 24 Meter.
Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
Ini berikutan imej berbentuk persegi
Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.
Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:
- Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
- Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.
Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan. -TengokTVonline