MAS SAHKAN Semua Dalam Pesawat MH370 Terkorban



Terbaru sumber yang admin ambil dari Mstar yang mengatakan bahawa kesemua anak kapal serta penumpang seramai 239 orang itu telah terkorban dalam nahas itu. Baca selanjutnya di bawah

MAS Simpulkan Semua Dalam Pesawat MH370 Terkorban 





Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Md Yusof berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin iaitu hari ke-17 pesawat itu hilang yang membawa kepada kesimpulan itu. yang mengatakan bahawa pesawat MH370 lokasi terakhir mereka di lautan Hindi
"Beliau (Najib ) telah memberikan petunjuk yang boleh dipercayai yang menunjukkan di mana pesawat itu berakhir... kedudukan yang sangat jauh, sangat jauh... dan selepas 17 hari, kami hanya boleh membawa kepada kesimpulan yang pasti ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Ditanya bagaimana MAS begitu pasti, dan apakah butiran mengenai nahas itu, beliau berkata, maklumat itu akan diperjelaskan pada sidang media oleh Kementerian Pengangkutan pada Selasa.
Md Nor menafikan bahawa syarikat penerbangan itu menangguhkan maklumat untuk dikeluarkan kepada orang ramai atau secara umum. Beliau menambah ia terpulang kepada pihak berkuasa sama ada untuk membuat keputusan tersebut atau pun tidak.Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Nota : Takziah admin ucapkan kepada keluarga mangsa. Kini operasi untuk mencari kotak hitam pesawat lebih giat di cari oleh negara-negara di seluruh dunia yang membantu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.