Insiden Kekecewaan yang teramat oleh Keluarga penumpang MH370 di Beijing



Keadaan Keluarga Mangsa MH370 Apabila Di Maklumkan Berita Sedih Ini | Siapa tak sedih kalau ahli keluarga kita telah mungkin pergi kan. Dan berita baru dari Sinar Harian mengatakan pihak berkuasa di sana telah mengarahkan 50 orang polis ke tempat mereka duduki. Baca selanjutnya

Keadaan Keluarga Mangsa MH370 Apabila Di Maklumkan Berita Sedih Ini

China - Seramai 50 anggota polis yang bertugas dikerah ke Hotel Lido selepas kekecohan tercetus sejurus PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang akhbar tergempar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan memaklumkan berita sedih tersebut.



Menurut ABC, kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan terhempas di selatan Lautan Hindi.

Keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.

Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.

"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.

Namun, situasi sedih itu dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan yang bertugas.Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin tercetus.


Nota : yang pergi tidak akan kembali. Apapun admin ucapkan takziah kepada keluarga magsa dan anak kapal tersebut. Sedih betul berita ini. emm apa nak kata ini kehendak tuhan. Dia lebih meyayangi nya ..
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.