Hari ini Mc agak terkejut apabila dimaklumkan Nik Aziz meminta maaf kepada semua rakyat Kelantan di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Nik Aziz memohon maaf ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.
Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.


“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.

Keadaan bertambah pelik apabila, selalunya Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ini pernah menegur Nik Aziz kerana menyampaikan tazkirah sambil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.

Umum tahu, sekarang Nik Aziz sedang mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya. Malah beliau juga mengalami sakit-sakit lain dan sakit tua.

Mc bukan Tuhan nak hukum Nik Aziz, tetapi bila beliau dalam politik, rasanya berjuta rakyat Malaysia yang terasa hati dengan beliau bila kenyataan agama selalu beliau politikkan.

Moga Allah ampunkan dosa Nik Aziz.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags