Hanez Suraya melenting HABIS ditegur peminat di Instagram


Punca Hanez Suraya melenting ditegur peminat di Instagram - Menganggap kontroversinya merampas suami orang sudah reda ekoran tumpuan orang ramai terarah kepada misteri kehilangan pesawat MH370, maka Hanez Suraya telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram pada petang semalam.

Gambar yang dimuatnaik itu mengandungi secebis ayat penuh makna berbunyi"bercakaplah kebenaran walaupon kamu nampak kehancuran dihadapanmu kerana akan ada pertolongan Allah yang besar nanti.."


Bagaimanapun, ianya mendapat komen-komen negatif dari kebanyakkan pengikutnya sehingga ada yang menyarankan Hanez meninggalkan kekasihnya, Romie.



Gesaan mereka itu tidak disenangi Hanez sehingga memaksa pelakon drama Autumn Di Hatiku itu membalas komen mereka dengan kata-kata yang agak pedas.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.