Gambar - Senarai 634 Landasan pendaratan yang berpotensi didarati MH370


Apabila pesawat MH370 disyaki dirampas, timbul pula persoalan tentang landasan yang berpotensi di mana pesawat yang hilang boleh mendarat.


The Mirror di Britain melaporkan bahawa dengan bahan api yang mencukupi untuk terbang ke mana sahaja dari Pakistan ke Australia Barat, kapal terbang tersebut boleh mendarat di  634 landasan selepas rampasan yang disyaki.

Menurut WNYC , pesawat yang hilang boleh mendarat di landasan 634 di 26 buah negara yang berbeza.

Data dari X- Plane menyediakan koordinat landasan di seluruh dunia. Juruterbang Boeing 777 dipetik menganggarkan keperluan panjang landasan adalah 5,000 kaki. Artikel di Wall Street Journal baru-baru juga menyatakan pesawat tersebut boleh meneruskan penerbangan terus selama 2,200 batu nautika dari kedudukan terakhir yang diketahui, lapor WNYC .

Pasukan WNYC mendapati 634 landasan yang memenuhi kriteria tersebut berada di seluruh 26 negara yang berbeza, termasuk Gan Airport ( Maldives ), Lapangan Terbang Dalanzadgad ( Mongolia) , Yap Airport ( Micronesia ), Miyazaki Airport ( Jepun), lapor The Star.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.