Gambar lelaki maut dikelar berkali-kali


SUBANG JAYA: "Mangsa cuba bangun & lari selepas ditetak untuk kali pertama, tetapi suspek lelaki terus menerus menetak tengkuk si mangsa berkali-kali. Lepas tu, mangsa dah tak bergerak." jelas saksi, Waliah Made, 55, peniaga nasi lemak.


Waliah menyaksikan kejadian itu yang melibatkan seorang warga Myanmar bertempat di Taman Perindustrian Maju Jaya pada pagi semalam di mana mangsa pada ketika sedang berjalan kaki menghantar barang makanan dari tempat kerjanya.

Sebelum itu, Waliah ternampak seorang suspek lelaki dan wanita memarkirkan motorsikal berhampiran bangunan kedai berdekatan. Suspek yang ternampak lelaki warga Myanmar itu terus menetak leher mangsa. 

Dalam keadaan yang berlumuran darah, mangsa bangun dan melarikan diri. Namun suspek terus mengejar mangsa sejauh 20 meter dan terus menyerang menggunakan parang sehingga mangsa rebah.

Pihak polis menerima laporan berkenaan pada jam 7.55 pagi.

Mangsa, Khin Win Maung, 34, berkerja sebagai penghantar barang cedera teruk, luka dikelar sepanjang tiga inci di bahagian leher dan terdapat dua kesan hentakan di belakang kepala mangsa.

Pergaduhan berdarah itu dipercayai berpunca dari dendam pergaduhan yang lalu. 

Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Dan Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - SINAR HARIAN
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.