FOTO GAMBAR NGERI KEPALA PEMBANTU KEDAI AKSESORI SMARTPHONE DITETAK


KANGAR - Seorang pembantu kedai aksesori telefon bimbit cedera parah di kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai menggunakan parang panjang di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini, malam semalam.


Mangsa Cheng Shin Seng, 32, kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah apabila ditetak dua kali di kepala dan sekali di badan oleh penyerang terbabit.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.38 malam itu, dua lelaki yang menaiki Honda Wave datang ke kedai tersebut sebelum salah seorang daripada mereka turun dan meluru ke arah mangsa.

“Mangsa kemudiannya ditetak di bahagian kepala dan badan sebelum suspek melarikan diri apabila disedari rakan mangsa.

“Mangsa kini masih tidak sedarkan diri untuk memberi keterangan, mengikut saksi yang juga rakan mangsa, dia gagal mengingati nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek namun mengecam pakaian yang dipakai suspek,” katanya.

Abdul Rahman berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Katanya, polis kini sedang memburu kedua-dua suspek dan tidak menolak kemungkinan kejadian berkaitan dengan ah long. - Sinar Harian
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.