Festival Trance Music, 3 lagi maut disebabkan dadah


Kalau sebelum ini 6 maut kerana terlebih dadah methamphetamine, kali ini 3 maut kerana perkara yang sama di Festival Trance Music.


Bezanya cuma berlaku di Jakarta apabila seorang warga Singapura dan dua warga Indonesia  rebah dan meninggal dunia ketika menonton konsert Festival Trance Music, lapor China Press.

Manakala 10 pengunjung lain masih dirawat di hospital.

Ketiga-tiga mangsa menghadiri konsert muzik bertemakan “A State of Trance”  di Pantai Ancol pada Ahad.

mStar Online yang memetik laporan The Daily, seorang pegawai polis sebagai berkata, mangsa yang maut terdiri daripada Chua Wen Hu (Singapura), 26, manakala dua remaja Indonesia yang namanya tidak didedahkan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.

Dilaporkan ketiga-tiga remaja itu mengambil dadah sebelum menghadiri konsert tersebut. Mereka turut mengambil vodka yang dicampur dengan minuman lain.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.