China Kesan Sumber Imej 22 Meter Panjang, 13 Meter Lebar Mungkin Pesawat MH370 ?



China Kesan Imej 22 Meter Panjang, 13 Meter Lebar Mungkin Pesawat MH370 ? | Info terbaru yang admin dapat Astro Awani dan dari pihak berkuasa China apabila satelit mereka dikatakan menjumpai imej benda yang agak besar ini. Mungkin juga pesawat. Baca selanjutnya



China Kesan Imej 22 Meter Panjang, 13 Meter Lebar Mungkin Pesawat MH370 ?

Satelit dari pihak berkuasa China merakamkan imej yang dikatakan sebuah objek berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin pemangku menteri pengangkutan Malaysia sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.


Nota : Lagi petunjuk baru. ramai juga pihak berkuasa negara-negara yang membantu dalam misi SAR ini sering menjumpai imej tetapi bila pergi ditempat tersebut tiada. Apapun kita berdoa kepada Allah adalah jalan yang terbaik.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.