Bukti Gambar Media China Kutuk Malaysia Negara Penipu



China Kutuk Malaysia Negara Penipu | Memang panas lah kalau kita dengan apabila media di China mengatakan bahawa Malaysia merupakan negara penipu dan akhbar tersebut menukar nama Malaysia kepada Ma Lie Sia. nak tahu sebab apa ? Baca selanjutnya



China Kutuk Malaysia Negara Penipu

China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10. 

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpur itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak. 

Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu. 

Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya. 

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas. 

“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily. 

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut. 

“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin. “Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao. 

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia. 

Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?” 

Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia. 

Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.”


Nota : Mereka ingat senang ke nak bagi sebarang maklumat. Nak cari peswat itu pun bukan senang. tengok sendiri dah berapa banyak negara bantu tetapi tetap tiada sebarang petunjuk. Apa komen anda ?
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.