BAYI SELAMAT SELEPAS PERUT IBU DIGILIS LORI



XIAMEN: Seorang saksi kemalangan ngeri yang membabitkan pasangan suami isteri, melihat bayi dalam kandungan ibunya tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dirempuh lori.


Wang Zhau, 40, dan suaminya Mao, 42, dalam perjalanan ke hospital apabila motosikal mereka dirempuh lori.

Menurut saksi itu, lori itu menggilis wanita itu sehingga menyebabkan bayi dalam kandungannya tercampak keluar sejauh 3 meter.

Pasangan malang itu maut di tempat kejadian tetapi bayi mereka selamat dan terus dikejarkan ke hospital di wilayah Fujian, China.

Bayi yang diberikan nama Xiao Zhao oleh kakitangan hospital itu hanya mengalami kecederaan minima.

Namun, ada pula saksi lain yang mendakwa, wanita itu sebenarnya sempat melahirkan anaknya sebelum mati dilanggar lori.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi dan suaminya pula membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans. Lalu di mengambil keputusan menghantar isterinya yang sarat mengandung itu ke hospital dengan motosikal.

Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila mereka terlibat dalam kemalangan ngeri. - AGENSI
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.