Saya Ingin Betulkan Persepsi Kolot Sesetengah Orang – Marsha Milan Londoh
Babak ranjang dan 'panas' melibatkan Marsha dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob telah menimbulkan kontroversi. Ada yang berkata dia sanggup berbuat demikian kerana terdesak ingin mengecap populariti kembali seperti dulu.Marsha mendapat kritikan tetapi ini jawapannya...
“Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.
“Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.
"Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya,”
“Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya."
“Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,” kata Marsha yang tidak nampak babak itu sebagai kesalahan besar kerana mengikut prosedur lakonan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.