Antara Punca sebenar Fazura sekat Instagram Hanez Suraya



Umum mengetahui, hubungan Fazura dan Hanez Suraya menjadi regang selepas kontroversi Hanez Suraya didakwa meniru gaya Fazura tersebar di internet.

Bagaimanapun, menerusi Berita Harian baru-baru ini, bekas kekasih Awi Rafael itu menafikan pernah mengakses akaun Instagram Nur Fazura untuk membolehkannya meniru fesyen dan gaya Fazura.

“Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada sana, dia akan pertahan dan perbetulkan saya.”

“Selama ini pun kami saling mengikuti di Instagram, cuma baru baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu.”


Menurut Hanez, hubungannya dengan Fazura baik sahaja sebelum ini dan mereka pernah bertemu dan bergambar bersama beberapa bulan lalu ketika menghadiri satu majlis.

“Dia pun gemar memanggil saya sebagai adik. Tak pernah terdetik di hati saya untuk tiru gaya dan fesyennya tapi satu fakta yang tak boleh diubah ialah dia memang cantik dan saya suka tengok cara dia.”
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.