Dari kehilangan menjadi misteri dan seterusnya menjadi tragedi yang mengorbankan 239 nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, kerana kehabisan minyak mengikut laporan INMARSAT.
16 hari tanpa rehat dan makan yang mencukupi, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari dilihat melangkah longlai menunduk kepada tatkala masuk ke dewan sidang media malam semalam dengan wajah yang amat sedih.
Sepanjang Najib membaca kenyataan media di atas pentas, AJ hanya mampu tunduk.
Sebaik saja kenyataan mengesah pesawat MH370 terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi, AJ kelihatan terlalu sedih. AJ menangis apabila dia dipeluk oleh P. Kamalanathan.
Sesungguhnya tanggungan perasaan AJ teramat-amatlah berat sekali. Tiada sesiapa yang mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi mata memikul.
Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi itu, AJ hilang 12 anak buah serentak.
Selami hatinya dan fahami tanggungan AJ, nilai juga air matanya yang tumpah - MalaysiaGazette