Foto Gambar Anak dibungkus Plastik untuk dihantar ke sekolah


Bila tiba musim banjir, pastinya ada pihak yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari bencana alam ini. Tetapi tidak di Vietnam.






Apabila air sungai dah melebihi paras normal, jambatan gantung dah tak ada fungsinya lagi. Perjalanan menggunakan sebarang jenis kenderaan juga adalah mustahil. Dan ini pastinya merencatkan aktiviti-aktiviti harian penduduk yang terlibat termasuklah pelajar-pelajar sekolah.

Namun, permasalahan alam ini bukanlah satu masalah bagi seorang bapa yang begitu berani mengambil langkah yang boleh dikatakan mengadaikan nyawa dirinya dan pelajar-pelajar yang dibawa olehnya.

Seorang bapa bertindak membungkus anaknya dan beberapa pelajar yang lain di dalam beg plastik dan transit ke seberang sungai dengan hanya berenang sahaja.

Lihat gambar di bawah:











Lelaki ini adalah warga yang prihatin, cuba membantu kanak-kanak sebuah sekolah rendah di Vietnam untuk sampai ke kelas semasa musim banjir yang melampau.


Jambatan yang berdekatan sebenarnya telah pecah dan ini memaksa lelaki berkenaan meletakkan kanak-kanak sekolah itu di dalam beg plastik untuk memastikan mereka sentiasa kering.

Tindakan berani lelaki ini telah dirakam oleh guru sekolah terbabit, Tong Thi Minh.

Guru itu menjelaskan kepada wartawan akhbar tempatan, apa yang dilakukan oleh lelaki itu adalah normal. Dan itu adalah satu-satunya cara untuk menyeberangi sungai dalam keadaan yang terdesak dengan jambatannya yang tidak dapat digunakan ketika banjir.

Pengorbanan seorang bapa, sanggup melakukan apa sahaja agar anak-anaknya tidak basah, dan selamat sampai ke sekolah.Sayangilah bapa kamu.


Lelaki ini sanggup basah dan sejuk demi anak-anaknya mendapatkan ilmu di sekolah. Semangat dirinya haruslah dicontohi oleh bapa-bapa masa kini.

Tonton video di bawah:

Jom kongsikan kesanggupan seorang ayah ini dengan rakan-rakan anda dengan klik button SHARE & TWEET di bawah.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.