4 Gambar : Akhbar Luar Negara Mempertikaikan Juruterbang MH370 Sebagai Fanatik Kepada Anwar Ibrahim



Dua akhbar utama Britain, The Mail dan Mirror mula menyiarkan laporan bahawa juruterbang MH 370, Kapten Zaharie Ahmad adalah fanatik Anwar Ibrahim. Akhbar Daily Mail Ahad telah melaporkan bahawa Kapten Zaharie merupakan penyokong 'obsesif' ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Beberapa jam sebelum penerbangan ditakdirkan meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan Kapten Zaharie berusia 53 tahun menghadiri perbicaraan kontroversi di mana Ibrahim telah dihukum penjara selama lima tahun kerana meliwat.


Menurut akhbar berkenaan, sumber polis telah mengesahkan bahawa Kapten Zaharie adalah seorang aktivis politik vokal dan bimbang keputusan mahkamah meninggalkan kesan marah yang mendalam kepadanya. Lebih menakutkan, tujuh jam kemudian, dia telah mengambil alih kawalan Boeing 777-200 untuk perjalanan ke Beijing dan membawa 238 penumpang dan anak kapal. 

Akhbar Mirror pula sependapat dengan Daily Mail. Akhbar berkenaan turut menyebut bahawa isteri juruterbang, Kapten Zaharie  dan tiga anak-anaknya berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum kehilangan pesawat MH370. Dalam pada itu, pihak polis telah mengelidah kediaman Kapten Zaharie di Shah Alam pada hari Sabtu, semalam.

Pihak polis menghabiskan masa selama dua jam di kediaman Kapten Zaharie dan meninggalkan rumah berkenaan dengan beg kecil dipercayai mengandungi bukti. Mereka juga mendapati bahawa juruterbang yang berpengalaman, yang telah bekerja untuk Malaysia Airlines sejak tahun 1981, telah membina sebuah simulator penerbangan Boeing 777 di dalam rumah berkenaan. 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.