Akhbar The Sunday Telegraph melaporkan bahawa seorang wanita Melayu telah berkahwin di sebuah gereja di Australia. Nicholas Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd telah dikahwinkan dengan adat istidat gereja Kristian dengan Zara Shafruddin seorang wanita Melayu. Mereka dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James di King St, Sydney.
Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein. Tidak pula dapat dipastikan status Agama terkini wanita berkenaan.