122 Objek Berjaya Di Kesan KEMUNGKINAN BESAR MH370 ?




Kini lebih banyak objek yang berjaya dikesan oleh pihak SAR dalam operasi mencari pesawat MH370 ini di lautan hindi. Mungkin ia juga ada kaitan dengannya. Baca selanjutnya 

122 Objek Berjaya Di Kesan Mungkin MH370 ?


Imej satelit yang terbaru yang juga dikeluarkan oleh pihak Airbus Defence and Space menunjukkan sebanyak 122 objek berpotensi di selatan Lautan Hindi di mana usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang ditumpukan di kawasan tersebut,dakwa Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Semua imej baru diterima dari Perancis dan diambil pada 23 Mac," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
"Imej berkenaan diberikan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) yang kemudian disampaikan kepada pihak berkuasa Australia."
"ARSM menganalisis imej dan –satu kawasan laut berukuran kira-kira 400 kilometer persegi – dapat mengenal pasti 122 objek yang berpotensi."
Hishammuddin berkata, sebahagian objek berukuran meter panjang, ada yang berukuran 23 meter panjang, sambil menambah beberapa objek kelihatan terang, mungkin menunjukkan ia daripada bahan pepejal.
Beliau, bagaimanapun memberi amaran bahawa tiada objek dikenal pasti atau dikaitkan dengan MH370 sebelum pengesahan dibuat.
Objek terletak kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.
Ini adalah set keempat imej satelit yang menunjukkan serpihan mungkin daripada pesawat. Penemuan pertama diumumkan oleh Perdana Menteri Australia,Tony Abbott Khamis lepas.
Beliau berkata penemuan di Lautan Hindi itu sebagai "boleh dipercayai ", terletak kira-kira 2,500 km ke barat-daya Perth, berdasar imej dua objek besar daripada satelit.
Pada hari Sabtu, imej yang diambil pada 18 Mac oleh satelit China menunjukkan objek berukuran 22 meter dengan 13 meter ditemui kira-kira 1,550 km (960 batu) di barat daya Perth.
Malaysia juga berkata pada hari Ahad bahawa imej baru daripada satelit Perancis menunjukkan "objek berpotensi" yang berkaitan dengan pesawat di laut luar pantai Australia.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data satelit Inmarsat menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, yang menunjukkan terhempas di sana kerana tiada daratan yang memungkinkan pesawat berkenaan melakukan pendaratan berhampiran.
Usaha mencari di koridor utara dan bahagian utara koridor selatan ditamatkan berdasarkan maklumat baru itu.
"Ia kini penting bagi kami menghubungkan serpihan kepada MH370 . Ini akan membolehkan kami mengecilkan lagi kawasan pencarian, dan mencari lebih banyak serpihan daripada pesawat," kata Hishammuddin hari ini.
Beliau mendedahkan bahawa pengesan ‘ping’, atau pengesan kotak hitam digunakan di luar pantai Australia. Ia kini sudah lebih 18 hari sejak pesawat hilang daripada radar dan kotak hitam mempunyai hayat bateri yang terhad iaitu selama 30 hari sahaja.
Australia, Hishammuddin berkata, membahagikan carian kepada dua sektor iaitu timur dan barat.
"Hari ini cuaca amat baik, dan sebanyak 12 pesawat akan menuju ke kawasan carian – enam dalam sektor timur dan enam ke barat, " kata beliau sambil menambah kedua-dua kapal akan turut menyertai operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Nota : Banyak admin baca artikel bahawa selagi tak jumpa bangkai pesawat yang besar atau mayat selagi itu mereka percaya bahawa semua penumpang dan anak kapal tersebut masih selamat. Apapun berdoalah kepada Allah yang lebih mengetahui.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.