Pendedahan Pengakuan Anak Pasangan Sweden Aishah di Mahkamah : Ibu Bapa Azizul Raheem Awalluddin & Shalwati Nurshal Terkejut & Sedih!

Anak-anak zaman sekarang, Terlalu inginkan & dahagakan kebebasan, sehinggakan tidak dapat membezakan kasih antara ibu sejati & ibu saudara.


Sementara ibu bapa kita sedang hidup inilah kita sayangi mereka, usahlah ditangisi lagi apabila mereka sudah tiada. Nasihat buat anak-anak yang sedang membesar dan baru hendak mengenal dunia luar, sayangilah ibu bapa selagi mereka ada.

Terbaru, apa yang berlaku sepanjang perbicaraan pasangan Malaysia di Mahkamah Sweden telah mendedahkan pengakuan anak perempuannya, Aishah melibatkan ibubapanya sendiri iaitu Encik Azizul Raheem Awalluddin & Puan Shalwati Nurshal

Luahan Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Terhadap Ibubapanya (Encik Azizul & Puan Shalwati Nurshal)


  1. Aishah berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudara yang bernama Puan Shalena Hisham Makhzan sebagai ibu kandungnya yang sebenar
  2. Aishah juga berasa rapat dengan adik-beradik perempuan Puan Shalwati Nurshal, dan merasakan mereka seperti ibunya yang sebenar.
  3. Aishah tidak berasa dekat dengan ibu sebenarnya
  4. Ketika mendengar ucapan nak perempuannya di mahkamah daerah Solna, Puan Shalwati Nurshal berasa cukup sedih dan hiba sambil membetulkan tempat duduknya,
  5. Manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin kelihatan sugul apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut naka prempuannya sendiri sambil menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
  6. Apabila ditanya, Aishah mengakui yang beliau juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik
  7. Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah. “Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50. “Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.
  8. Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
  9. Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden. Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari 2014 yang lalu.
  10. Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan


Lagi Gambar Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin







Nasihat Kepada Kami Sendiri & Aishah Binti Azizul Raheem Awalluddin Serta Anak-anak Lain

Bagi Berita Semasa sendiri ibu kandung tetap ibu kandung, tidak akan sama dengan mak saudara. Bagi Berita Semasa sendiri, Aishah terlalu muda untuk berfikir panjang untuk setiap perlakuan yang dibuat. Insyaalah, apabila adik Aishah besar kelak dan bakal bergelar ibu kelak, adik Aishah akan tahu juga akhirnya pengorbanan ibu bapa kita selama ini.

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu bijak mengawal sikap amarah setiap kali mengawal tingkah laku anak-anak. Ada timbang rasa dalam setiap tindakan dan perlakukan terhadap anak-anak. Walaubagaimanapun….


  1. Ibu marah rotan tetap dia sayang kita, tetapi orang lain tidak pernah jentik kita sebab apa jadi pun dia tidak kisah.
  2. Ibubapa walaupun tegas pasti mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.
  3. Ibu pukul sebab tidak solat, mengaji salah sebutan tu mmg wajar asalkan jangan cedera.


Agama kita islam memang dah bagi panduan. Cuma kadang-kadang ibubapa yang melaksanakan tanggungjawab didiklah anak-anak, dengan ada pertimbangan positif untuk membentuk anak-anak dengan cara Islam yang sihat dan dapat diterima akal .

Apatah lagi, pasangan Malaysia di Sweden ini Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin pasti sedar tinggal di negara luar seperti di Sweden senang terdedah dengan unsur negatif yang terlalu banyak jika tidak diawasi dan dikawal. Berita Semasa pasti itulah sebab, Puan Shalwati Nurshal dan Azizul Raheem Awalluddin agak tegas lebih-lebih soal agama.

Anak-anak ada yang tidak boleh nampak lagi kebaikan cara ibu bapa mereka mendidik, tanggungjawab ibu saudara Aishah (Puan Shalena Hisham Makhzan) sekarang pun kenalah tolong dan bantu kembalikan kepercayaan dan kasih sayang anak-anak ini kepada ibubapa mereka.

Ya…..ingatlah. Mak saudara ada ramai di luar sana. Tetapi ibu anda hanya ada satu di dunia. tidak akan boleh ditukar ganti. Wallahualam. Apa pendapat anda & respon balas anda pula?

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.