Guru warga Perancis diraba 'beach boy' Malaysia

GEORGETOWN - Percutian seorang guru warga Perancis di Taman Negara Pulau Pinang bertukar menjadi episod hitam apabila nyaris diperkosa seorang remaja berusia 18 tahun petang semalam.



Sabrina Lafki, 35, datang bercuti bersama keluarga  pada mulanya mahu bertanya laluan ke Monkey Beach kepada remaja berkenaan.

Namun, setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba suspek dipercayai bertindak menarik dan memeluknya dari hadapan sebelum bertindak mencium beberapa kali.

Ketika itu, difahamkan  ibu bapa mangsa tidak mengikuti mangsa dan hanya menunggu di pejabat Taman Negara kerana letih.

Suspek dipercayai bekerja sebagai 'beach boy' didapati mengambil kesempatan bertindak meraba buah dadanya dan cuba membuka baju wanita itu, ketika menemaninya untuk menunjuk laluan ke pantai.

Menurut sumber, mangsa hanya bersama anaknya ketika kejadian manakala ibu bapa mangsa tidak berada di situ.

"Mangsa meronta-ronta cuba melepaskan diri dan sempat mencakar muka remaja berkenaan.

"Mangsa menjerit minta tolong namun tiada sesiapa berada berdekatan kawasan itu. Beberapa minit kemudian, remaja itu melarikan diri setelah menyedari kehadiran beberapa pelancong di  kawasan itu,"katanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek ditahan oleh pegawai penguatkuasa Taman Negara Pulau Pinang dalam tempoh sejam selepas kejadian itu berlaku  di dalam hutan ke arah Monkey Beach.

"Suspek diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Daerah Barat Daya untuk tindakan lanjut.

"Kini suspek direman sehingga 3 Mac ini siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukum  penjara maksimum 10 tahun atau denda atau boleh dikenakan sebatan," katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.