Penangan Malas Solat Subuh, Warden bagi Rotan 14 Pelajar Asrama Sampai Trauma Duduki SPM


Malas Solat Subuh, Warden Rotan 14 Pelajar Asrama Sampai Trauma Duduki SPM

14 pelajar sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri dirotan oleh warden sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat di pinggang serta pinggul kerana marah dengan kemalasan mereka tidak bersolat di waktu subuh.


Dalam kejadian pada jam 7 hingga 7.30 pagi itu, sebahagian mereka adalah pelajar tingkatan 5 yang menghadapi peperiksaan akhir SPM. Akibat dari tindakan warden itu, emosi mereka kini terganggu.

Ditanya mengapa tidak solat subuh di surau sekolah, mereka memberikan alasan kepenatan kerana mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.

14 pelajar berkenaan dihukum empat kali rotan oleh warden terbabit. Namun, pengawas sekolah yang turut terbabit dalam kes berkenaan juga tidak terkecuali. Pengawas berkenaan dirotan sebanyak 8 kali hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang serta pinggul.

Kejadian itu sempat dirakam oleh ketua asrama kerana dia tidak tahan melihat rakan-rakannya dirotan. - Harian Metro





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.