Hot! Bukti Terkini Aidil mengenai pembohongan Rita & Melibatkan Pembunuh Upahan!


Hot! Bukti Terkini Aidil mengenai pembohongan Rita & Pembunuh Upahan!

Agak memeranjatkan, apabila Aidil Zafuan telah memuatnaik gambar berbentuk bukti yang sepertinya kukuh dia tidak berbohong mengenai nafkah anaknya terhadap bekas isterinya, Rita Rudaini.

Dengan trasaksi bank-in online berjumlah RM2000 sebulan, SMS tidak terbalas dan keratan sebuah akhbar adalah diantara beberapa bukti yang menunjukkan Aidil berada di pihak yang benar.

Rita mengulas gambar-gambar berkenaan dan dia tidak gentar akan bukti berkenaan kerana dia juga berada di pihak yang benar dan mahu melawan Aidil di Mahkamah.


Ianya menjadi lebih hangat apabila isu keselamatan Rita dipersoalkan disebabkan ada pengikut Aidil yang memberikan cadangan untuk membunuh Rita melalui pembunuh upahan.

"Saya ambil benda ini begitu serius kerana ia membabitkan keselamatan saya dan anak. Tak sangka hanya kerana nak menuntut hak saya dan anak, sampai ada pula yang sanggup buat semua ini.

"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.

"Saya pun bukan wanita yang bersosial. Saya bersih daripada cerita negatif. Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yang sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya,"

"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.

"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.

"Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap,"

"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang saya ada permohonan cerai daripada. Mahkamah sebelum ini pun sudah buktikan yang terdahulu bahawa saya tak pernah nusyuz. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," -Rita memetik portal Bharian.

__________________________

__________________________

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.