Isteri kepada komposer tersohor tanah air Datuk Ramli MS, Datin Alyah menafikan laporan yang mendakwa dia kini sedang hamil anak pertama.
"Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya."Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya yang dipetik dari mStar.
Pada masa sama, Alyah turut menafikan dia berbual mengenai kehamilan ketika pergi ke sebuah klinik bersama rakannya.
"Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu."
Terdahulu, Alyah dan Ramli yang bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 telah terbongkar apabila pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat serbuan di rumah mereka pada 28 Ogos lalu.
[Sumber foto: sinarharian.com.my]