Awal Ashaari Dikritik bila Muat Naik Gambar Uri Di Instagram



Muat Naik Gambar Uri Di Instagram, Awal Ashaari Dikritik

Tindakan Awal Ashaari memuatnaik gambar uri anak sulungnya dan meminta pandangan pengikut laman Instagram tentang cara menanam uri selepas isterinya, Scha Al-Yahya melahirkan anak menerima pelbagai reaksi.

Kebanyakannya memperingatkan Awal agar tidak mempraktikan amalan syirik yang selalu dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu yang kononnya akan memberi manfaat pada bayi di masa akan datang.

Gambar yang dimuat naik pada pagi khamis itu mendapat 15.2K LIKE dan 459 respon dari pengikutnya di Instagram.

Salah seorang pengikut Instagram Awal yang dikenali sebagai @irza3112: "Tak payah letak apa-apa, tanam dengan sempurna, elak dari digali binatang seperti anjing dan lain-lain. Khurafat boleh rosakkan akidah.

Bagaimanapun beberapa pengikut turut memberi cadangan membersihkan uri tersebut dengan pelbagai cara pelik.

Antaranya sitizuhaima89 berkata:" Letak dalam sumpit, dalam uri itu letak abu kemudian tutup dengan tempurung dan letak di dapur tempat memasak. Biasanya bidan-bidan yang buat semua itu.

Bagi @Habib: "Jangan tanam dekat dengan akar nanti anak mudah sakit,"Begitu juga dengan @naaina yang memberi pandangan pelik: "Jangan lupa masukkan pensil dan buku sekali agar dia pandai belajar,".

Namun, apa yang menjadi persoalan ramai adalah apakah keperluan berkongsikan gambar uri isterinya? Ada yang mendakwa Awal sengaja menarik perhatian peminatnya. Gambar-gambar seperti ini tidak sepatutnya dikongsikan dengan orang ramai, cukuplah sekadar kita sendiri yang tahu dan jika tidak tahu cara menanam uri, elok tanya kepada orang yang tahu.

p/s: kalau dah retis.. cenggitu la perangainya.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.