Dalam perkembangan terbaru kes tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak
anak terhadap Aidil Zafuan, pemain bola sepak itu memberikan kenyataan
kepada mahkamah yang beliau mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas
isterinya itu.
Menurut Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari
rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012 dan dari jumlah
RM2,000 itu beliau tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana
terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan sebagai
nafkah kepada dua anak lelaki mereka.
“Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah,
makan minum dan pengangkutan. Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya
hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa)
RM3,000,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd
Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.
Dan sekarang kita tunggu sahaja komen para pemerhati dunia hiburan yang
berbaur kahwin tahu mewah, bayar nafkah anak tidak mampu. Eh. (rtky/m)