Calon PKR Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan para petugas kempennya dihalang memasuki sebuah pasaraya besar di Kajang yang kononnya mereka bertujuan ingin mengadakan aktiviti sesi bertemu dengan rakyat.
Salah seorang petugas kempennya yang berasal dari Sabah berkata mereka tidak dibenarkan masuk untuk mengedarkan risalah pilihan raya di Prima Saujana, Giant pada jam 3.45 petang semalam.
Sebelum itu, calon PKR itu telah melawat pasaraya Tesco Saujana Impian untuk bertemu dengan rakyat tanpa sebarang halangan.
Para petugas kempen mengedarkan risalah empat muka surat bertajuk 'Cerita Kak Wan' dan manifesto.
Tindakan pihak kempen Wan Azizah cuba menuduh bahawa pasaraya Giant Kajang bersifat memihak kepada Barisan Nasional dianggap tidak wajar dan tidak matang.
Tidak tahukah Wan Azizah bahawa tindakan mereka ini boleh dikatakan menganggu perniagaan peniaga lain? Nak berkempen apa sampai nak masuk ke dalam Giant? Tidak cukupkah di pintu masuk Giant saja?
Sudah tentunya Giant mempunyai hak untuk menghalang Wan Azizah dan para petugas kempennya memasuki kawasan milik pasaraya Giant. Tanah orang, hormatlah sikit.
Tersebarnya perkara ini di facebook pro-pro pembangkang yang menyarankan kepada penyokong mereka agar memboikot pasaraya berkenaan semata-mata hal remeh dilihat seperti budak kecil yang merajuk tidak diberikan gula-gula.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.