{[["☆","★"]]}
Nurul membawa Zachary Depp manakalah Ning membawa Ryan Sky. Kedua-duanya dipertemukan memandang ciri-ciri perkahwinan mereka yang berkahwin dengan Mat Salleh dan menghasilkan zuriat kacukan ditambah dengan keakraban mereka sebagai kawan.
“Saya seronok melayan Ryan. Kalau keluar bekerja, pasti terasa rindu. Sampai saja di rumah, dia peluk dan cium saya. Sebagai ibu, memiliki zuriat satu kepuasan dan kenikmatan.Manakala Nurul pula lain ceritanya, dia lebih teruja kerana dapat membeli barangan mainan canggih untuk anaknya selepas 15 tahun melahirkan anak daripada zuriat pertamanya.
“Dia anak yang baik dan pandai ambil hati. Kalau kena marah, dia akan senyum dan reaksi itu automatik buat saya rasa sejuk hati. Ryan tidak pernah meragam apabila bangun tidur, sebaliknya dia senyum.
“Kebelakangan ini dia makin lasak. Kalau saya seorang, memang tak terdaya sebab dia tidak duduk diam. Ada saja benda nak buat, sedar-sedar dah panjat itu panjat ini. Saya bertuah kerana ibu dan pembantu menjaga Ryan.
“Omar kini terikat dengan komitmen kerja dan banyak berulang-alik ke Kazakhstan. Paling lama ke sana, dua minggu dan kalau ada di rumah, dia suka manjakan Ryan,”
“Setiap Isnin, Rabu dan Sabtu, saya hantar dia ke gim kanak-kanak. Biar dia bina skil fizikal. Selepas usia dua tahun, saya akan pertimbangkan untuk hantar dia ke kelas Kumon dan mungkin muzik, selain dedahkan dia dengan kelas mengaji,” kata Ning.
Menyedari perancangan kewangan sangat penting untuk masa depan Zach, pasangan romantik ini membuka akaun Amanah Saham Berhad (ASB) dan membeli insurans sebagai perlindungan sebaik Zack lahir.
“Bagi saya, perkara ini sangat penting. Soal pendidikan, Eric tidak tekankan sangat, sebaliknya lebih mengutamakan penerapan nilai hidup buat Zach. Dia mahu Zach berdikari, pandai bawa diri dan menghormati orang sekeliling.
“Zach lahir dalam budaya Melayu dan Perancis, jadi mana yang baik dalam dua budaya ini kami terapkan. Itu pendidikan awal yang kami beri pada Zach.
“Insya-Allah selepas ini saya akan masukkan Zach ke pusat gim yang Ryan pergi,” kata Nurul.