Foto Gambar Deanna Yusof terkini setelah 6 tahun menyepi


Lama tidak mendengar khabar pelakon cantik, Deanna Yusof. Tip top semalam dikhabarkan portal Kosmo! dia kini sudah berlakon untuk satu filem, CEO.

Kali terakhir berlakon untuk filem adalah tahun 2007 menerusi filem Chermin. Ada pihak menganggap Deanna berhijrah ke luar negara setelah filem itu ditontonkan.


"Saya masih ada di Malaysia, tidak ke mana- mana. Saya pelik apabila ada orang yang berjumpa saya bertanya tentang bila saya balik ke Malaysia?


"Bila masa pula saya berhijrah ke luar negara? Saya masih bekerja di Malaysia, cuma dalam tempoh dua tahun ini saya kurang mengambil tawaran berlakon. Mungkin sebab kurang keluar di televisyen dan akhbar menyebabkan orang ramai berfikiran begitu."

"Memang saya ada dapat tawaran berlakon, malah sebelum ini saya sepatutnya berlakon dalam dua buah filem. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir filem itu terpaksa dibatalkan.

"Sudah tidak ada rezeki. Rindu untuk berlakon memang ada, cuma pada umur sekarang saya tidak boleh ambil semua tawaran. Saya tidak mahu membawa watak yang sama dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini,

"Saya bukan macam dahulu. Sekarang saya amat menjaga kesihatan dan sudah tidak larat untuk bekerja dalam tempoh masa yang lama.

"Jika drama bersiri, tempoh masa bekerja lebih 12 jam sehari dan waktu penggambarannya memakan masa berbulan-bulan. Saya mempunyai komitmen kerja yang lain, disebabkan itu saya hanya menerima filem dan telefilem sahaja," -Deanna

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.