Wanita! Sila Lihat Akibat daripada penguguran Janin menggunakan PIL merbahaya.



Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.


Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.

“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai – Harian Metro
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.