VAN BAWA 6 ORANG KANAK-KANAK MASUK KE LOJI KUMBAHAN

VAN BAWA 6 ORANG BUDAK MENGGELUNGSUR KE LOJI KUMBAHAN

AMAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! Itulah gelaran yang patut diberikan kepada wanita yang menjadi pemandu van berkenaan.


Baca laporan di bawah.

Al-Fatihah...

As salam YDH Dato / Tuan.

Maklum terima panggilan telefon melalui MERS 999, sebuah m/van yang membawa 6 orang kanak-kanak tadika telah menggelungsur ke belakang sewaktu pemandu van meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam van dan van tersebut telah masuk ke dalam loji kumbahan air yang mengakibatkan 2 dari 4 kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri dan 4 lagi berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.

Pemandu van adalah 1 perempuan melayu yang ketika itu meninggalkan van untuk menghantar beberapa org kanak-kanak lain ke tadika kemas kaisara beralamat no 19 Jln Pertanian 7, Tmn u.

Bomba telah dipanggil dan berada dilokasi. MPV 439 statik dilokasi.

1 kanak- kanak tersebut telah meninggal dunia. Siasatan oleh io Trafik jbu.

Tq Dato /Tuan.

VAN MEMBAWA ENAM ORANG KANAK-KANAK MASUK KE LOJI KUMBAHAN

-FB PERSATUAN BANGSA JOHOR

UPDATE:

Johor Bahru: Seorang murid tadika Kemas berusia empat tahun maut manakala lima lagi cedera apabila van sekolah dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berhampiran.

Lima lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Danial Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Md Gefri, 6; dan Sakinah Roslan, 5.

Kemalangan dikatakan berpunca daripada van yang diparkir menggelongsor dan merempuh pagar sebelum terjunam ke dalam kolam kumbahan berkenaan.

Difahamkan, wanita pemandu van terbabit meletakkan kenderaannya di situ bagi mengambil semua mangsa dari tadika Kemas berhampiran. -Metro

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.