Legoland Malaysia Tawar Harga Masuk RM 80 Khas buat Warga Johor


Berita baik buat anak kelahiran Johor!

Pengurus Besar Legoland Malaysia, Resort Mark Germyn menawarkan tiket ke taman tema Legoland pada kadar istimewa RM80 seorang. Tawaran inisiatif itu sebagai tanggungjawab sosial korporat kepada penduduk di negeri Johor.

“Kita ingin menawarkan sesuatu buat rakyat di negeri ini menikmati pelbagai tarikan dan tawaran di Legoland bersama keluarga,” katanya.

Tawaran pas masuk tahunan itu dijual pada harga RM195 buat dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak yang tertakluk kepada warga Johor dengan mempamerkan kad pengenalan masing-masing.

Pembelian pas tahunan itu turut melayakkan belian RM50 bagi satu kemasukan ke taman air Legoland, selain beberapa potongan harga bagi kemasukan hotel serta tawaran lain. - SINAR HARIAN
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.