APA MASALAH ANDA, TONY?
(Terjemahan daripada tulisan MatRodi.my- What's Your Problem, Tony?)
1) Ini kisah Tony Fernandes, hartawan Malaysia yang menerbangkan ramai
rakyat Malaysia. Bukannya Tony Stark, hartawan playboy Amerika yang
terbang dengan suit Iron Man.
BERMULANYA DI SINI
2) Bagi yang masih ingat, AirAsia dan Sime Darby telah mencadangkan
pembinaan lapangan terbang LCC yang baru bernilai RM1.8 bilion di Labu
pada 2009. Ini kerana AirAsia memerlukan lapangan yang baru bagi
memenuhi pertumbuhan syarikatnya. Anehnya, AirAsia enggan membina
lapangan tersebut di KLIA yang luasnya 25000 hektar, lebih besar
daripada Putrajaya. Mungkin KLIA masih belum cukup luas bagi syarikat
sebesar AirAsia.
3) Alasan lain adalah AirAsia sewajarnya mengendalikan lapangan terbang
sendiri. Semua orang tahu yang bagi AirAsia, MAHB bukanlah operator
lapangan terbang yang bagus dan cekap. MAHB salah beli radar, MAHB tidak
menyediakan kawalan keselamatan yang tinggi di KLIA, MAHB itu dan MAHB
ini. Sama ada MAHB mengendalikan lapangan terbang kedua terbaik di
dunia, membayar dividen kepada pemegang saham dan kerajaan serta memberi
insentif kepada syarikat penerbangan selama 15 tahun tanpa gagal masih
belum menafikan ketidakcekapan MAHB di mata AirAsia.
4) Tetapi hujah utama menentang lapangan terbang Labu adalah kerana
kedudukannya yang sangat hampir dengan KLIA. Tidak ada bandar di dunia
ini yang membina dua lapangan terbang dengan dua operator yang berbeza
dan dua menara kawalan yang tidak dikoordinasi bersama dalam radius
10km.
5) Bayangkan 70 kapal terbang berlepas dan mendarat setiap jam bagi
setiap lapangan terbang. Keberangkalian untuk berlanggar amatlah tinggi.
Mungkin kerana ini kerajaan memutuskan untuk membina KLIA2 - 1.5km
bersebelahan KLIA yang mempunyai menara kawalan baru bagi mengawal
kesemua landasan KLIA dan KLIA2 dengan MAHB sebagai operator.
ISU 1: KOS DAN KELEWATAN
6) Tokoh korporat disegani seperti Tony Fernandes sepatutnya tidak
mengelirukan orang ramai dengan berkata 'susah nak percaya lapangan
terbang yang lewat siap sebanyak 3 kali dan kos meningkat dari RM2
billion kepada 4 billion mempunyai kredibiliti.'
7) Hakikatnya, kos KLIA2 meningkat kerana semakan projek telah dibuat
dengan menambahkan kapasiti KLIA2 sebanyak 71%. Lapangan terbang yang
asalnya seluas 150,000sqm dengan 50 pintu semu-auto dan landasan
sepanjang 2.5km bagi menampung 30juta penumpang setahun telah menjadi
terminal 257,000 sqm dengan 68 pintu Aerobridge dan landasan sepanjang
3.9km bagi menerima 45 juta penumpang setahun.
8) Dari mana semakan ini dibuat? Dari jangkaan jumlah penumpang AirAsia.
Pada 2013 sahaja AirAsia telah membawa 21.85juta penumpang. Dengan 3%
pertambahan penumpang setiap tahun, ia hanya memerlukan 10 tahun bagi
KLIA2 yang asal menjadi sesak. Jadi adakah KLIA2 perlu dibina untuk
tempoh 10 tahun sahaja atau lebih?
9) Siapakah yang akan menerima manfaat daripada pembesaran KLIA2 ini?
Sudah pastilah AirAsia. Dengan KLIA2 yang 71% lebih besar pun AirAsia
bakal menggunakan 80% kawasan yang ada. Kita boleh jangka apa akan
berlaku jika KLIA2 yang asal tidak disemak.
10) Oleh yang demikian, penambahan RM1.9 billion pada KLIA2 bukanlah
'cost overrun'. Sebaliknya penambahan kos itu adalah untuk mendapatkan
lebih banyak kemudahan. Bayar lebih untuk dapat lebih.
11) Berkenaan dengan kelewatan, tidak dinafikan beberapa kontraktor
gagal menyiapkan KLIA2 mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Mereka
menyalahkan keadaan struktur tanah. Apapun, selain daripada kontraktor
dan MAHB, AirAsia juga perlu dipertanggungjawabkan untuk kelewatan ini.
Mengapa?
12) Pertama, AirAsia telah meminta untuk menukar sistem bagasi separa
auto yang telah dipersetujui pada awalnya kepada sistem automotik
sepenuhnya. Sewaktu AirAsia memohon penukaran ini, projek KLIA2 telah
siap 40%. Oleh itu, ia telah menyebabkan projek lewat selama 6 bulan.
13) Kedua, AirAsia juga meminta jarak landasan 2 KLIA dan landasan 3
yang baru dipanjangkan kepada 2.5km bagi kemudahan AirAsia menyelenggara
dan membaiki pesawat.
14) Ketiga, AirAsia juga mahukan landasan 3 dipanjangkan kepada 3.9km daripada 2.2km dan sekali lagi MAHB setuju.
15) Kesemua penukaran spesifikasi ini dibuat di saat projek sedang
dijalankan dan sudah tentulah menyebabkan jadual asal untuk menyiapkan
KLIA2 bertukar.
16) Tidak hairanlah apabila MAHB berkata mereka sudah memenuhi hampir
kesemua kehendak AirAsia dalam pembinaan KLIA2 ini. Hanya muzium dan spa
tidak dipersetujui.
17) Oleh itu mengapa Tony Fernandes masih lagi mahu memburukkan MAHB yang sudah berbesar hati memenuhi permintaan AirAsia?
18) Tony bercakap soal kredibiliti. Kononnya MAHB tidak ada kredibiliti.
Sekarang ini kita sudah tahu isu kos dan kelewatan adalah tanggungjawab
AirAsia juga.
19) Kredibiliti siapa yang tercalar sekarang?
Sumber - MatRodi
Ps: Akan bersambung berkenaan isu keselamatan dan airport tax.