Anak Che Ta Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series G Power La Pulak



Anak Che Ta Sahkan Bakal Terima BMW 6 Series G Power

Selepas menafikan dirinya bakal menerima kereta mewah BMW X6, terbaharu anak sulung Rozita Che Wan atau Che Ta, Ammar Effendy mendedahkan dia bakal menerima sebuah kereta mewah model BMW 6 Series G Power Modified yang dianggarkan berjumlah RM700,000.


Sebelum ini, Che Ta pernah mengeluarkan kenyataan dia akan menghadiahkan sebuah kereta mewah yang menjadi idaman anaknya di atas keputusan cemerlang yang diraih Ammar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

G-POWER 760i STORM front (kereta yang menjadi pilihan Ammar)


Ammar mengesahkan perkara tersebut menerusi kiriman aplikasi What Apps kepada wartawan sebuah akhbar harian, hari ini yang mengatakan, “ya, memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tu suka je, kami dah pergi survey kereta BMW baru-baru ini”.

Wah bertuahlah Ammar, muda-muda dah pandu kereta mewah!
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.