Sejak kehilangan pesawat MH370, kita dihidangkan dengan pelbagai ulasan dan pendapat daripada pakar penerbangan dari negara barat.
Pengacara: Sains moden belum berjaya membuktikan sesuatu. Apakah kita boleh cuba untuk melihat aspek lain dalam mencari jawapan kepada kehilangan MH370?
Kapten: Alhamdulillah ini adalah soalan yang sangat baik. Maka, insiden yang telah berlaku telah menjadi tragedi dan sekarang telah menjadi fenomena. Dunia di satu tahap teknologi yang tertinggi, yang mana, satu orang yang berjalan, di lorong pun, dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui siapa itu, ataupun motosikal atau kereta. Jadi apa yang telah berlaku, maka kita kena, sebagai orang beriman, orang islam, ini ialah ketentuan dan ini bukan perkara pertama di mana satu pesawat hilang dari udara. Jadi, cara yang mana satu dunia sudah tengok, macam mana kapal terbang berlepas dan terbang setinggi 35,000 kaki, ketika itu kelajuan 855 km/h, saya ingat 14km/m dan melepasi Pantai Timur Semenanjung, baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, dan ini adalah “normal routine”, laluan biasa, yang semua “pilot” lalui untuk dari Kuala Lumpur atau daripada sekeliling untuk pergi ke nagara China, Asia Timur. Mengikut apa yang kita lihat melalui dokumen, selepas mereka berada 35,000 kaki sebelum memasuki ruang udara Vietnam, dalam masih lagi “positive control” bersama dengan menara kawalan, kapal terbang tiba-tiba hilang terus daripada “radar screen”dan tiada kesan langsung di “radar screen”. Mengikut apa yang kita tengok dan lihat, tidak ada, dan ini telah menjadikan mengelirukan dan telah menjadi suatu perkara yang ajaib yang kita kena terima dan dunia kena terima. Sekarang, apa telah berlaku? Tidak ada “transponder” ataupun “readings” daripada radar yang bagi “raw data” pesawat walaupun ketika itu ada pesawat lain di “Gulf of Thailand”, dan tidak ada serpihan, dan masih lagi dia berhenti daripada menunjukkan keadaannya, 040 degrees berdekatan #?#$%@$^. Ada berita mengatakan, pesawat telah berpatah balik, tetapi di dalam“radar screen” tidak ada memberi tunjuk yang kapal terbang itu membelok. Dia hilang, tetapi harus mengikut yang kita lihat sekarang ini, “search and rescue” telah datang ke selat melaka, bagus Alhamdulillah.
Pengacara: Apa bacaan kapten daripada titik akhir itu?
Kapten: Hilang!!
Pengacara: Ke mana?
Kapten: “Fullstop”. Kita orang beriman, Allah Taala menentukan segala-gala. Dunia ini kepunyaan Pencipta.
Pengacara: Jadi kata kapten sekarang yang berpengalaman membawa pesawat boeing itu, pesawat itu hilang?
Kapten: Hilang. 100% hilang!! Dan pernah juga pesawat hilang. Kalau tidak hilang, dia tidak akan hilang, “bleep” terus “at”14.5 km/m “at 35 thousand feet, no more readings”.
Pengacara: Baik, saya kunci jawapan kapten di situ. Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui? Dan kalau ia boleh ditemui, apa cara untuk ia ditemui?
Kapten: Allah SWT memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa saja. Jadi, kita mestilah menggunakan kebolehan, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Pengacara: Dalam satu minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?
Kapten: Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan Allah SWT dan juga keluarga, sebab dia sedang beremosi, dan Allah Taala lihat ketika itu. Dan ini bukan, saya ingat, kalau kita, ini adalah fenomena dan walaupun dilihat ditempat lain ke, Selat Melaka, ini adalah………. Dan, betul apa yang mereka buat, ini adalah sains tapi mengelirukan orang ramai lagi, yang perlu kita jaga dan pelihara. Jadi saya balik kepada pesawat hilang dan cara terbaik kita perlu lakukan dan Insha Allah akan ditemui, akan ditemui.
Pengacara: Dengan cara tadi, berdoa oleh orang-orang soleh dan ahli keluarga.
Kapten: Benar, benar. Ini cara dia. Ia adalah antara sains dan juga yang mencipta sains. Itu sebenarnya.