Kantoi Apabila Russia Dakwa Tentera laut US Rampas Pesawat MH370 Ini | Info terbaru yang agak panas apabila Russia Armed Forces (GRU) mendakwa ini semua kerja tentera laut Amerika . Nak tahu macam mana dia tahu ? Jom baca selanjutnya
Kantoi Apabila Russia Dakwa Tentera laut US Rampas Pesawat MH370 Ini
Mereka mendakwa pesawat MH370 disembunyikan Tentera Laut Amerika Syarikat di Atol Diego Garcia. Sebelum itu, US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) mengatakan bahawa pihaknya melakukan kerja-kerja pemunggahan Kargo Mencurigakan yang didakwa berkaitan dengan Republik Seyschelles dari Kapal Terbang Komersial milik Malaysia Airlines itu ke Kapal kontena MV Maersk Alabama. Info kini harus dibaca oleh rakyat Malaysia. Adakah ini antara Konspirasi sebenar MH370 yang dirahsiakan kepada umum ?
Kem Rahsia US di Diego Garcia
Kerajaan Russia Mendakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika Syarikat. US Navy kemudiannya mengalihkan sebuah Kapal Terbang Komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke sebuah Kem Rahsia yang terletak di Atol Diego Garcia, kawasan Lautan Hindi. Amerika sembunyikan Fakta Kehilangan MH370.
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa Ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) hairan tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) menahan dan kemudian mengalihkan sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu Kem Rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi
Menurut laporan ini, pesawat MH370 yang dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines merupakan Penerbangan Komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba Ghaib dalam penerbangan berserta 227 penumpang beserta 12 anak kapal dari 15 buah negara yang kebanyakannya dari negara China.
Tindakan Amerika Mencurigakan Pihak Russia
Sesuatu yang Mencurigakan perlu diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat Kargo berkaitanRepublik Seyschelles yang sangat mencurigakan dikesan berada di dalam Kapal kontena MV Maersk Alabama.Dua Tentera Laut Amerika dijumpai Mati
Antara perkara pertama yang membangkitkan syak wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo itu dilakukan. Amat aneh sebelum kargo dimasukkan ke dalam MH370, didapati dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy dan Jeffrey Keith Reynolds dijumpai mati di dalam keadaan yang mencurigakan.Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di Firma Keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah GRU mengesahkan bahawa Kargo Mencurigakan berada di atas Pesawat MH370 Malaysia Airlines pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima jaminan bahawa semua langkah akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.
Percubaan Mengalihkan Penerbangan MH370 ke Wilayah Hainan
Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan atau Kepulauan HainanSebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 ketara menyimpang dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.
Gangguan Akses Komunikasi China Mobile
Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.
MH370 dan Sistem Penerbangan Fly-by-Wire
Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire)(FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.
Amerika sembunyikan Fakta Kehilangan MH370
Adalah amat dan sangat menyedihkan dan laporan ini membuatkan suatu kesimpulan yang amat penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta kehilangan Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush telah "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa seramai 64 penumpang dan termasuk anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentamkan Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku di sana.
Nota : Ini semua bukan admin yang cakap ini semua pihak Russia yang cakap . Dan info ini juga admin ambil di Sumber situ. Baca-baca balik admin rasa macam ada kaitan pula. Tapi tak tahu lah pula.